Wednesday, January 23, 2013

Mendorong Anak Mudah Bangun Pagi




Foto menunjukkan Puan Dr. Aida Suzila Jusoh, seorang pengamal perubatan...

Beliau ialah pengurus bengkel saya di Bangi pada 3/2 dan 3/3. Beliau memiliki modal sosial yang bagus. Pagi buka pendaftaran bengkel, sebelum malam sudah penuh penyertaan 100 orang.

Beliau berkongsi bagaimana mendorong anak-anak mudah bangun pagi. Beliau menulis....

Teknik mendorong dimulakan dari sebelah malam lagi. Sebelum anak-anak tidur, sediakan minda mereka supaya bersedia bangun pagi dengan gembira. Luangkan sedikit masa beberapa minit untuk belai jiwa mereka untuk mewujudkan perasaan gembira, tenang dan riang mereka @, etc bercerita, bertanya khabar, membaca doa tidur bersama.

Apabila mereka sudah selesa, buat ayat tawaran.

"Mahukah anak-anak soleh mama (saya memanggil nama mereka diikuti dengan panggilan anak soleh) mengetahui bagaimana syaitan merantai leher kita semasa kita tidur supaya kita susah mahu bangun tidur?"

"Ya, mahu," jawab anak-anak.

"Mama kagum dengan anak-anak mama yang suka belajar. Syaitan merantai leher kita semasa kita tidur. Apabila bangun tidur, hendaklah kita membaca doa bangun tidur, mengambil wudhuk dan solat subuh 2 rakaat, rantai itu akan putus."

Jadi esok pagi, apabila mendengar bunyi azan, anak-anak terus bangun, baca doa tidur, ambil wudhuk, solat subuh, mandi dan gosok gigi, berpakaian lengkap dan turun untuk sarapan. (menerangkan peraturan tanpa mengkritik spt cth: selalu haris bangun lambat, sudah puas mama beritahu banyak kali supaya bangun cepat/gosok gigi etc)

Pada pagi harinya, apabila mereka melakukan salah satu dari perkara di atas sahaja pun, mereka sudah layak dipuji dan beri pujian dengan serta merta.

Kesan mengaplikasikan teknik nabi ini: sekarang, bermula pada januari ini, anak saya saiful, 9 dan haris,7 sudah upaya terjaga sendiri apabila mendengar azan subuh, dan terus mandi, solat, bersiap tanpa disuruh.

------------------------------------------------------------------------

Nota saya: Puan Dr. mahir menggunakan ayat tawaran dengan memulakan pertanyaan, "Mahukah....". Apabila anak-anak bersedia mendengar tawaran itu, Puan Dr. memberikan nasihat yang mengandungi informasi. Beliau tidak berleter-leter atau nasihat-nasihat.

6 comments:

  1. perkongsian yang menarik..saya nak cuba apply kat anak perempuan saya yang selalu susah bangun pagi..bila bangun je mesti merengek..dan liat nak ke bilik air..yang hairan tu bila cuti sekolah senang je nak bangun & mandi..tak payah suruh pun..part yang agak susah mungkin bila 'tak berleter' bila anak bangun lambat..:)

    http://vitaminhalal.com

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang baik..
    Klik sini untuk dapatkan barang percuma untuk anak bangun awal
    http://susu-anak.com/anak-lambat-bersiap?ref=685

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik..
    Klik sini untuk dapatkan barang percuma untuk anak bangun awal
    http://susu-anak.com/anak-lambat-bersiap?ref=685

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang baik..
    Klik sini untuk dapatkan barang percuma untuk anak bangun awal
    http://susu-anak.com/anak-lambat-bersiap?ref=685

    ReplyDelete