Saturday, December 22, 2012

Meleraikan Pergaduhan Anak-anak dengan Teknik Nabi Muhammad

Bagi tip di bawah, saya menggunakan Hadith Rujukan:

Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya." Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." - Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban

Hadith ini diterjemahkan oleh Tim Pengkaji Hadith Psikologi

Hadith di atas menceritakan tentang Abdul Rahman bin Auf mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya."
  
Mendengar Nabi Muhammad berkata begitu, Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." 

Setelah Nabi Muhammad mendengar aduan Khalid al-Walid itu, Nabi Muhammad berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." 

Daripada komunikasi nabi dan dua orang sahabat dalam hadith ini, kita dapat belajar bagaimana Nabi Muhammad meleraikan konflik dua orang sahabat beliau.

1. Nabi tidak menyiasat, menegur, mengkritik dan memarahi kedua-dua pihak.
2. Nabi tidak menyebelahi salah satu pihak sahaja.
3. Nabi tidak meminta mana-mana pihak membela dirinya
4. Kepada Khalid, Nabi memuji prestasi Abdul Rahman bin Auf. Manakala, kepada Abdul Rahman bin Auf, Nabi memuji prestasi Khalid. Nabi menyebut prestasi terbesar masing-masing ke atas kemenangan Islam.
5. Ucapan Nabi itu menjadikan kedua-dua pihak saling hormat-menghormati dan merendah diri antara satu sama lain.

Teknik nabi meleraikan konflik dua orang besar ini boleh dipraktikkan dalam menangani konflik anak-anak.



Klik poster bagi paparan lebih besar dan jelas

4 comments:

  1. Assalam,
    Terima kasih bagi tip ini. sangat membantu saya kelak untuk handle anak2 yang bergaduh..hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. Tip yg diberi sgt bagus. Boleh dicuba. Terima kaseh.

    ReplyDelete
  3. Tip yg diberi sgt bagus. Boleh dicuba. Terima kaseh.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.Perkongsian yang baik dan boleh dipraktis dalam kehidupan seharian. Saya minta izin untuk save tip/poster yang ada dalam blog ini. Semoga dipermudahkan urusan dalam menyampaikan ilmu.;-)

    ReplyDelete