Sunday, February 19, 2012

"Ustazah dah nyanyuk ke?"

Satu petang di kelas, saya tersalah memberi arahan,

"Semua angkat meja letak atas kerusi ye..".
Lalu terdengar sekumpulan murid ketawa kecil.

"Ustazah dah nyanyuk ke?"
Mendengarnya, antara marah dan sabar, kedua-duanya berdesakan mahu keluar dari rona hati ini. Saya memilih yang kedua iaitu sabar.

Pada saya, parameter pertama seorang guru untuk memulakan Teknik Mendorong Gaya Rasulullah ialah mencontohi sifat Rasulullah dahulu-Sabar. Bagaimana Rasulullah menyikapi seorang Yahudi yang kencing di dalam masjid boleh dijadikan contoh kesabaran seorang pendidik.

Budak kecil itu belum baligh dan tidak berdosa menuturkan kata "nyanyuk" itu kepada saya. Menghukum atau memarahinya adalah tindakan tidak tepat. Biar dia tidak hormat sekali itu daripada hilang hormatnya berkali-kali.

3 comments:

  1. Pembetulan : Bukan Yahudi yang kencing. Badwi yang (orang Arab kampung)kencing di dalam masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..terima kasih atas pembetulan. Bertuahnya saya mempunyai pembaca blog yang peka..

      Delete
  2. suka baca blog ni...syukur terjumpa blog ni..

    ReplyDelete